Monday, September 23, 2013

Oh ibu :'(









Ibu.

Seorang bidadari pinjaman ilahi.

Anak merupakan manusia pertama dalam carta hatinya.

Yang sering dia ingin kucup,

Ingin dia belai,

Ingin dia meluangkan masa bersama.


"Asyik nak luang masa dengan kawan je. Bila nak luang masa dengan mama?"

"Ala takpe la mama. Nanti kita spend time sama-sama ya."



Satu janji yang tak pernah aku tepati.

Kawan sering didahulukan.

Ibu sendiri,

Diabaikan.



"Besar-besar nanti Aiman tak nak kawen. Aiman nak jaga mama sampai bila-bila.
Aiman nak duduk dengan mama sampai Aiman mati."


Kata-kataku 10 tahun lalu,
Yang sekarang hanya tinggal kenangan.

Aku lupa, aku leka,

Di saat aku sentiasa berada dalam ingatanmu,
Aku melupakanmu.

Di saat kau sentiasa bimbang tentang diriku,
Aku pula buat tak tahu.

Bukan tak sayang, bukan tak cinta,

Jauh sekali membenci.



Tetapi itulah kelemahanku,

Tidak tahu cara bagi menunjukkan cintaku padamu.

Aku sedar akan kebodohanku itu,


"Ya Allah, Kau perbaikilah hubungan aku dengan ibubapaku. Kau ampunkanlah segala dosa-dosa mereka. Kau murahkanlah rezeki mereka, kau panjangkanlah umur mereka dan 
jauhilah mereka daripada seksaan kubur dan api neraka."


Dalam doa inilah, 
Aku meluahkan segala rasa cintaku padamu.

Dalam doa inilah, 
Aku sering menangis apabila mengenangkan dosa-dosaku padamu.

Percayalah,
Kau sentiasa berada dalam doaku setiap waktu.



"Redha Allah adalah pada redha ibubapa, dan murka Allah adalah pada murka ibubapa."


Ibu,

Adakah kau redha pada anakmu ini?

Anak yang sering melupakanmu,

Anak yang sering ambil ringan tentangmu,

Adakah kau redha padaku?



Aku tahu.
Sesungguhnya aku tidak layak untuk memilikimu sebagai ibu.

Kau bidadari bertopengkan manusia,

Sedangkan aku,
Hanya hamba Allah yang tidak tahu mengenang budi.


Ampunkanlah anakmu ini.
Aku berazam akan menjadi anak yang akan membawamu ke syurga.

Ingat lagi kata-kataku 10 tahun dulu?


"Mama mesti la masuk syurga. Mama baik. Nanti Aiman pun nak jadi baik macam mama. Pastu nanti kita boleh la masuk syurga sama-sama, kan mama?"


InsyaAllah.


"Selagi kita masih punya ibu, ketahuilah bahawa ibu sentiasa inginkan waktu bersama anak-anaknya... Berbual dan ketawa bersama, berkemas rumah dan menonton TV  bersama. Kehendak ibu ini tidak sukar sebenarnya. Jika ibu telah tiada, pastinya waktu bersama ibulah yg kita dambakan dan tidak dapat lagi kita kecapi. Ibu hanya satu di dunia tetapi rakan2, silih berganti."




Mom, you're my everything. 
but I'm just too stupid for not showing it  :'(


*Mom, you'll read all this when the time comes.



No comments:

Post a Comment