Sunday, October 27, 2013

Aku Yang Baru :|









Aku tak mudah menangis.

Mungkin kerana sudah terlalu biasa menangis.

Aku tak mudah mengaduh kesakitan.

Mungkin kerana sudah terlalu biasa disakiti.

Aku tak mudah takut.

Mungkin kerana sudah terlalu biasa bersendirian.

Aku tak mudah jatuh cinta,

Mungkin kerana sudah tersedar bahawa itu semua satu pembuangan masa.

Tapi aku bersyukur atas segalanya,

Terima kasih juga kepada kau.

Kerana disebabkan semua ini,

Lahirlah Aku Yang Baru.


                                          -Double H-
                         




Sarah sebak membaca satu sajak dalam majalah sekolahnya. Bukannya dia tidak tahu 
siapa pemilik bagi nama 'Double H' itu. 

Hakim Hanafi.


Tapi dia sedar.

Semuanya sudah terlambat.



***********************************************************




"Sarah, so amacam kau punya persediaan untuk SPM ni?"

"Ala biasa-biasa je. I hope thats enough."

"Eh mana boleh macam tu. Kita kene la usaha dulu. Baru tawakkal."

"Aku tak nak target lebih-lebih. Aku tahu la kau pandai. Takyah nak over sangat."

"Orang nak tolong pun salah. Haihhh buat latihan banyak-banyak tau. Banyakkan bangun
malam akhir-akhir ni."

"K."

"Kenapa pulak ni? Macam badmood je. Pakwe lari ek? Hehe.."

"Kau jangan nak mengada-ngada. Takde maknanya ada pakwe."

"Razif tu macam mana pulak? Hahaha.."

"Hei bengong !! Sedap-sedap mulut kau je. Lempang kang baru tahu."

"Ala sorry la. Gurau sikit pun tak boleh. Sorry ye."

"Pastu sedap-sedap je nak minta maaf.

"Hek eleh at least aku minta maaf tau.. Hmm ok la. Cukup tu. Jangan buang masa kau dengan
budak bengong macam aku ni."

"Tu la. Makin tension pulak aku kalau melayan kau lebih-lebih ni."

"Ok. Goodluck exam."



*****************************************************



Perbualan terakhir yang sangat menyakitkan. Penyesalan bermain-main di minda Sarah.



Masa,

Jika mampu untukku kembalikan,

Akan aku lakukan, 

Untuk membaiki segala kesilapanku.

Untuk meminta maaf kepadamu.

Untuk menghentikan segala tangismu.

Untuk menjadi seorang sahabat yang lebih baik untukmu.


Kerna aku sedar.

Akulah penyebab tangismu.

Akulah penyebab kesakitanmu.

Akulah yang sering membiarkan dirimu keseorangan.

Sedangkan kaulah sahabat sejatiku.


Tapi aku masih waras,

Aku tahu itu semua takkan berlaku.

Kau sudah pergi entah ke mana.

Aku pula masih di sini.

MERANA.




Sarah menyeka air matanya selepas menulis bait puisinya yang terakhir. Dia tahu segala isinya itu takkan dapat mengubah apa-apa.


Akhirnya,
Kertas berisi puisi dironyokkan dan dicampak ke dalam tong sampah.




********************************************************




Don't Wait Until Its Too Late :)