Saturday, August 31, 2013

Give Up?







"It aint about how hard you hit. Its about how hard you can get hit and keep moving forward"

-Rocky Balboa-



Salah satu kata-kata yang sepatutnya dijadikan inspirasi.

"Aku ni pembawa sial. Hidup aku malang. Mungkin kalau makin lama aku hidup, makin banyak masalah datang. Tengok je la macam mana hidup aku sekarang. Ada je yang tak kene."


Jangan tunduk kepada masalah.

dan yang paling penting,

Jangan sesekali lari daripada masalah.


"Running away and giving up won't solve your problems. Embrace it instead and don't ever let go 
until you have the power to overcome it"



Jatuh.

Bangun.

Jatuh.

Bangun.


Jika perlu mengulangi sehingga seribu kali sekalipun,

Ulanglah.

Lagipun,

Bosan la hidup kalau asyik ada kat atas je.. Cuba bayangkan kalau hidup kita
atas bawah atas bawah.

Baru la 'adventure' sikit macam roller coaster..


"Falling down and getting back up. That is the life script of Hellen Keller, Bill Gates, Michelango, Mother Theresa, Leonarda da Vinci, Thomas Jefferson and Albert Einstein."




Mereka sama seperti kita.

Manusia biasa.

Salah dan silap berjuta-juta.


Tetapi yang menjadikan mereka luar biasa,

Ialah skrip kehidupan yang istimewa.


Jangan lupa,
Itulah juga skrip kehidupan pejuang-pejuang Islam kita.


Khalid al-Walid.

Tariq Ziyad.

Salahuddin al-Ayubi.

Sultan Muhammad al-Fateh.

"Hai anak-anakku, pergilah kamu, mencari berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir."

(QS. Yusuf : 87) 
 



Go ahead and ask yourself.

Are you a Muslim?

And if you are,



Mark my words.


Muslims Never Give Up :)



Tuesday, August 20, 2013

Pelangi





"Tu semua ujian daripada Allah untuk uji keimanan kau. Sabar je lah."


Senanglah kau kata,

Kau tak rasa apa yang aku rasa.

Kau tak lalui apa yang aku lalui.

Kau takkan faham.



So brother, if you think no one will understands you,

What are you waiting for?

Mengadulah pada Allah.

"Hanya Kau kami sembah dan hanya kepada Kau kami minta tolong" 
-Al Fatihah, Ayat 5-


Itulah ayat yang kita baca setiap hari. Hayatilah maksudnya.


Don't ever lose hope.

Ingatlah,
Setiap kesusahan pasti akan diselangi dengan kebahagiaan.

Allah tak kejam, bro.


"Everything happens for a good reason"


Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Tapi tak perlulah kita tercari-cari,

Because sooner or later, the 'reason' will come to you.

It's just a matter of time.


Dugaan itulah yang akan menguatkan kita.

Dugaan itulah yang akan menjadikan kita seorang yang lebih hebat.



"Dugaan itu penyebab utama terhasilnya kejayaan"


Kita dengan orang-orang berjaya yang lain semuanya sama,

Manusia biasa.

Tapi nak tahu tak apa bezanya mereka dengan kita?


Mereka tak tunduk kepada dugaan. Mereka merasakan setiap 'kejatuhan' mereka itu sebagai satu peluang untuk mereka bangkit dengan menjadi seorang yang baru.


Seorang yang lebih hebat.

Yang takkan melakukan kesalahan yang sama.


Jadilah lebih hebat daripada yang terhebat.

Be The Best Among The Best !!

Jangan harapkan orang lain.
Hanya kita je yang boleh menentukan kejayaan diri kita sendiri.



Think positive.

Pray to Allah.

And everything will be just fine :)


"There's always a rainbow after the rain."


***********************************






Friday, August 16, 2013

Saudara .







"Itu bukan masalah saya"


Pemikiran ini.

Punca utama kenapa kerajaan Islam jatuh.

Punca utama kenapa kerajaan Islam tersungkur menyembah bumi.

Kehilangan kuasa hari demi hari.



Perpaduan.

Konsep ini sudah hilang dalam diri umat Islam.

Masing-masing kononnya sibuk.


Leka.

Saudara seislam dibiarkan menderita.

Sedangkan diri mereka bersuka ria. Terpengaruh dengan godaan dunia.


"Diorang berperang diorang punya pasal la. That's not my problem. 
Asalkan kita hidup aman"


Umat Islam yang dahulunya satu organisasi yang sangat kuat,

Kacau seorang,

Satu bala tentera datang.


kini..


Umat Islam memang ramai.

Tapi fungsinya tiada.



Sabda Rasulullah :

"Bahkan masa itu(akhir zaman) mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, 
tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."


Buih di lautan.

Kuantiti ada.

Tapi kualitinya entah ke mana.


BUT THIS MUST ENDS NOW .


Bangunlah wahai muslim bangun.

Musuh-musuh Islam kini bersorak kegembiraan.

Melihat kita sesama saudara berperang-perangan.


Kita perlu bangkit bersama.

Berjuang bersama.

Gunung sama kita daki, lurah sama kita turuni.

Berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing.

It's time to change our mentality.


"If you mess with them, that means you mess with us"


Cubit peha kanan, peha kiri terasa.

Peribahasa sempurna.

Yang perlu dihayati maknanya.

"Itu bukan masalah saya"

Let's change it.

"Itu semestinya masalah saya"


Buatlah apa yang termampu untuk bantu saudara-saudara kita.

Yang tika ini sedang berkorban nyawa.

Demi agama tercinta.


Hujanilah mereka dengan doa-doamu.

Kerana sesungguhnya,

Itu saja yang kita mampu :'(


#PrayForMesir

#PrayForSyria

#PrayForPalestine

#PrayForIslam


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .



Thursday, August 15, 2013

Misi Sebenar :)









"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya".
Surah As-Saff (Ayat 2-3)




"Kau kalau nasihat bukan main lagi. Padahal kau pun same je.."


"Eleh dia tu dekat blog, twitter ngan facebook bukan main baik lagi. 
Tapi kalau kat luar, perangai Nauzubillah."



Berkata-kata.

Itulah persamaan manusia dengan burung kakak tua.

Berkatalah melalui realiti,

Bukannya halusinasi.



Aku pun bukanlah sebaik yang kau sangka.

Kerana itulah blog ini dicipta.

Untuk menjadi titik permulaan untukku berubah ke arah yang lebih baik.



Aku tak mahu kembali ke duniaku yang dulu.

Dunia keji yang penuh dengan dosa.



Setiap kali aku rasa aku 'terkeluar landasan',

ketika itulah entry-entry mula memainkan peranan.



Akan ku cuba sedaya upaya untuk menjauhi apa yang telah aku lakukan dulu.

Akan ku cuba untuk kotakan apa yang aku tulis selama ini.



Masih ingat lagi?

Prinsip H .

Cinta Monyet.



Itulah sebab kenapa kau aku jauhi.


Bukan terasa hati.
Jauh lagi membenci.

Tapi...


Sesungguhnya pengorbanan itu perlu, demi kebaikan bersama.
Agar tak jatuh ke lembah syaitan durjana.


Tak semua benda yang kita nak dalam dunia ni, kita boleh dapat.

Dan tak semua benda akan kita dapat sekarang.

Masanya akan tiba.




Dan masih ingat lagi?


"Perkataan 'putus asa' tidak pernah wujud dalam kamus hidup seseorang Muslim yang Hebat"



Inilah yang menjadi sebab kenapa aku tak mahu mengalah dengan dugaan-dugaan kehidupan.


Tak putus asa untuk berubah,

walaupun sudah berkali-kali rebah.


Malu.

Malu dengan diri sendiri.

Berkatanya Hebat.

Tapi sendiri Tak Buat.




Ayuhlah berubah bersama,

Tunjukkan kepada dunia siapa sebenarnya kita.


Daie Antarabangsa :)








Monday, August 12, 2013

Thanks :')







"Friendship is not about whom you've known the longest. Its about who came and never left."




Dah beberapa kali aku berjanji dengan kata-kata,,

"Kawan Sampai Mati"

 "Sahabat ke Syurga"

"Bestfriend Forever"


Tapi semuanya berakhir dengan perpisahan yang mengecewakan..


Just a reminder:

"Berkawan lama tak menjamin yang kita sudah berjumpa persahabatan yang sejati"



Kadang-kadang, yang 'special' tu akan datang lambat sikit. Tapi bila kita dah jumpa,
PERCAYALAH,

Dia takkan pergi.

Dia takkan tinggalkan kita.

Dia takkan biarkan kita seorang diri.

 Dia akan sentiasa bersama dan menyokong kita.



 "Setiap yang berharga itu perlukan pengorbanan"


So, bersedialah untuk berkorban demi persahabatan. Sesuatu yang semestinya tidak boleh dijual beli.
Walaupun dengan wang yang beratus juta sekalipun.




Aku dah penat mencari sahabat sejati. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku tahu aku bukan seseorang yang senang untuk didampingi. Tapi kau sentiasa ada di samping aku. Sabar dengan kerenah-kerenah aku. Walaupun kadang-kadang kau pun 2 kali 5 je. Hehe..



Kalau aku bosan pulak, aku memang takkan cari orang lain dah.

Sebab aku tahu kau ada.

Lawak kita memang susah untuk orang lain faham. Lawak legend la katakan..



Entry ni je la yang aku mampu bagi kau. Aku tak mampu nak buat video-video semua tu.
Well, bukannya tak mampu. Cuma takut masuk Box Office. Hehe..


Cakap banyak pun tak guna. Tetap tak dapat nak lawan jasa kau kat aku.

Terima kasih, Bestfriends :)


Sincerely,

Kawan yang banyak salah dengan kau























Friday, August 9, 2013

New Chapter Of Life




-Hari Raya ialah hari untuk menyambut kejayaan kita yang sudah sebulan berpuasa,
bukannya hari untuk kita mula melakukan dosa-dosa lama semula-


Takbir raya sudah mula berkumandang. Masing-masing sedang dalam perjalanan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

"Aku ni masa bulan puasa, watlek je khatam Quran dua tiga kali pun takpe. Tapi bila dah habis puasa ni, mood ibadah aku macam berterbang-terbangan meninggalkan aku seorang diri tanpa hala tuju kat sini."

Hamboih budak ni bukan main sastera lagi. Boleh ganti A.Samad Said nanti ni. Hehe.

"Ala biasa la tu. Itulah kelebihan Ramadan. Orang yang tak tutup aurat, boleh berpurdah dalam bulan Ramadan. Orang yang tak pernah cukup solat fardhu, dah pandai qiamullail, tarawih pun buat 20 rakaat. Tapi apa yang membezakan Muslim yang Hebat dengan muslim yang lain, ialah 'kekonsistensian' dia beribadah. Tak semua orang boleh buat dalam bulan lain apa yang dia buat dalam bulan puasa. It needs a strong courage."

"Walaupun contoh-contoh yang kau bagi tu agak melampau, tapi aku setuju la dengan kau. Ada betulnya jugak apa yang kau cakapkan tu. Tapi nak buat macam mana, sebab bulan-bulan lain syaitan dah mula buat 'tugasan' diorang tu. Tu yang semua kecundang lepas bulan Ramadan tu."

"11 bulan syaitan buat preparation untuk 'tinggalkan' kita dlm bulan Ramadan. Kita pulak cuma ada 1 bulan je untuk prepare menempuh 11 bulan akan datang dengan kehadiran syaitan. But believe me, 1 month is more than enough for us to prepare ourself. Jangan hina orang yang cuma buat baik dalam bulan Ramadan je, but it is our job to support them. Doakanlah Ramadan itu akan jadi titik permulaan untuk diorang berubah menjadi seorang muslim yang lebih baik.

"Fulamak !! Speaking tuuuuu !! Kalah imam-imam muda kat Malaysia ni. Ni yang bangga jadi kawan kau ni. Terharu wehh. Meh sini nak peluk sikit."

"Eeeeeee !! GAY !! Nyah kau dari sini !! Woi jangan dekat !! Jangan dekat !!!"

Dan berlakulah adegan kejar-mengejar antara 2 orang sahabat pada pagi raya itu. Orang sekeliling yang sedang memerhati sudah tidak diendahkan lagi. Bagi mereka, ukhwah mereka lebih penting daripada itu.


Itu saja untuk entry kali ini. Selamat Hari Raya kepada semua. Mintak maaf jika ada entry yang bosan, tak bermanfaat & menyinggung perasaan. I've always tried my best to give the best for everyone. 

Kepada rakan-rakan, maaf jika ada terkasar bahasa dan gurauan-gurauan yang tak sepatutnya. 
I'm not an angel. Aku pun manusia biasa yang sentiasa membuat dosa dan kesilapan. Maaf jika aku selalu menyusahkan korang. Aku tak pernah berniat pun nak susahkan kawan-kawan aku. 

But sometimes, 
I need a friend to share all of my feelings and problems. Well, everyone need that. And believe me, 
if I chose you, that means you're the person I trust the most. Eventhough I know that statement
doesn't mean anything special to you. But I don't care. I'm lucky to have you as my friend.

Our friendship had been through joy and sorrow. But we always been together. We always support 
each other. No matter what I did to you, you always be right beside me, helping me during my rainy day. 
I may not be the best friend you'd ever had, but trust me, I'll learn from you on how to be one. Above all, I'm really sorry for everything I did to you.


Nampaknya aura emosional dah mula menguasai diri. Inilah akibatnya kalau banyak sangat dosa kat orang. Kene habiskan cepat-cepat ni. Kang rosak laptop dibasahai air mata. Hehe cengeng punya blogger. 


Okay last reminder:

Jangan lalui Syawal kali ni seperti bulan-bulan biasa lagi. Anggaplah Syawal kali ni as our New Chapter of Life. Tutup buku lama, bukak buku baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih. 

Gunakan kekuatan semangat Ramadan baru-baru ni untuk jadikan kita 'a better person' dan 
tempuhlah hari-hari yang akan datang dengan lebih baik, lebih kuat, lebih bijak dan lebih tabah daripada yang sebelumnya. 


"Rugilah orang yang melalui Ramadan tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya."



Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Tuesday, August 6, 2013

Prinsip H .





"Abang, saya ada suka sorang budak ni la. Dia dah la cantik, baik, kuat agama pulak tu. Saya ada jugak rasa nak luahkan perasaan kat dia. Tapi hati still takut-takut lagi. Abang rase ape yang patut saya buat?"


Hasan agak terkejut dengan pengakuan anak buahnya, tetapi dia cuba menyembunyikan rasa terkejutnya itu. Akhirnya, dia mengambil nafas panjang dan menjawab dengan tenang.

"Eh eh eh budak ni, SPM pun tak ambik lagi dah pandai nak bercinta-cinta pulak. Ok macam ni, bagi abang, abang berpegang pada satu prinsip ni.


Kalau kita suka kat seseorang tu, KEEP DISTANCE. Jauhkan diri. Jaga ikhtilat. Dekatkan diri dengan Allah. Sebab apa yang kita boleh buat sekarang cuma doa kat Allah biar kita dijodohkan dengan orang yang kita suka tu. Allah yang berkuasa untuk membuatkan orang tu suka kat kita dan Allah jugaklah yang berkuasa untuk membolak-balikkan hati dia. 


Kalau nak bercinta sekarang, Yakin ke boleh sampai ke jinjang pelamin? Memang la usaha kene ada,
but this is not the right time. Bila masa dah sesuai, barulah kita 'take action'. Jumpa mak bapak dia,
merisik, meminang & akhirnya bernikah. But for the time being, Just pray and keep faith in Allah, boleh?"




-Kalau kita percaya dengan Qada' & Qadar, kita tak akan bercouple, kita takkan bercinta di usia muda.Sebab kita percaya bahawa jodoh telah ditentukan oleh Allah. Bak kata pepatah, kalau jodoh tak kemana-


"Cinta memang fitrah manusia. Sangat sukar untuk kita lari daripada perasaan itu.
Tapi adalah tanggungjawab kita untuk menjaganya agar tak membawa kita ke kancah maksiat"




Sunday, August 4, 2013

Never Give Up !!



"Perkataan 'putus asa' tidak pernah wujud dalam kamus hidup seseorang Muslim yang Hebat"




Kenapa muslim pula yang dijadikan perumpamaan?

Perang Badar : 313  vs 1 000 
Perang Khandak : 3 000 vs 10 000
Perang Yarmuk : 3 000 vs 200 000

Tak puas hati lagi?  Islam juga pernah menguasai 2/3 dunia. Menawan Konstantinopel, menawan Sepanyol, menawan Parsi, menawan Rom dan banyak lagi ( kalau sebut satu2 mmg takkan habis).


Kenapa sekarang orang Islam dah tak 'power' dah?


Sebab muslim sekarang bukan macam muslim zaman dulu. Muslim yang Hebat semakin sukar dicari.
 Muslim sekarang penuh dengan sikap-sikap negatif yang tak sepatutnya ada 
dalam diri seorang muslim.
Allah dijadikan tempat terakhir untuk minta tolong.


Sounds harsh right? but that's the fact that we have to accept.

I'm not saying this because I wanna say that I'm a good Muslim. I'm saying this because
I wanna see Islam being at the place where it belongs. Right at the top.



Jom sama-sama kita buang perkataan 'putus asa' dalam kamus hidup kita.
Kita semua berhak mengejar gelaran Muslim yang Hebat tu. 


Jika kita dah cuba segala yang termampu tetapi masih gagal, jangan sesekali putus asa.
Remember, Allah is still with us.



"If you fall down 9 times, don't stay down. Get up for the tenth times"

"Kejayaan tak akan datang dengan mudah. Kerana ia hanya akan datang kepada sesiapa
yang betul-betul menginginkannya, yang akan berusaha untuk mendapatkannya dan 
yang tidak akan tunduk kepada segala cabaran yang harus dilaluinya"


Let's become a better person. InsyaAllah.
Sekian, yang baik daripada pencipta, yang lemah daripada yang dicipta.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.