Tuesday, December 31, 2013

Dua Kosong Satu Empat.











2014 is like a new, clean and white cloth.

So let's be ready with our colourful crayon to
 design it beautifully :)



Tahun Baru.

Resolusi Baru.

Dan yang paling penting,


Diri Kita Yang Baru.



"Gunakan segala kepahitan lepas untuk kita merangka kemanisan yang akan datang. 
Percayalah, anda akan lebih menghargai setiap kepahitan yang anda akan lalui."



Apa guna tahun yang baru kalau yang mendiaminya ialah kita yang dulu?

It's time to GET UP .


I bet there's a lot of things happen in 2013, right?


Ramai kawan yang 'pergi',

tapi ramai juga yang berlari-lari untuk mengganti.


Banyak masalah yang membebani,

tapi tak kurang juga kebahagiaan yang menghiasi.

Face it, This is Life.


But come on,


Let bygones be bygones.

Lupakan segala keburukan yang lepas,

It's time to use them to change us into a better person.


"Just learn from the past. Don't waste your time regretting too much."


Jangan disebabkan 2013 kita yang biasa-biasa,

Kita menjadikan 2014 mangsa dengan menghalangnya untuk menjadi luar biasa.



And remember,

2014 will act as you think it is.

Think of it positively.


Don't forget to write your 2014's resolutions on a piece of paper,
and lastly write below it,


2014, You're gonna be the best year evaaahhh !! :D



-Happy New Year-

Triple A ^_^





Thursday, December 5, 2013

Satu Penantian .











"Ya !! Memang aku suka dia !! Memang kalau boleh 
aku nak kahwin dengan dia !!"




Shahrul tergamam mendengar pengakuan sahabatnya itu.


"Puas hati kau sekarang, Shahrul?"

"Sorry Luqman. Aku bukannya nak menyibuk dalam hal kau ni. Aku pun sebenarnya dah lama 
agak yang kau ada perasaan kat dia."

"Then, kenapa mesti tanya lagi?

"Untuk bagi kau sedar kebodohan diri kau. Korang dua dah suka satu sama lain, tapi kenapa mesti kau tipu dia? Kononnya dah bertunang la, nak kahwin bulan depan laa.. Kenapa?!"


Keadaan bertukar sunyi. Agak lama Shahrul menunggu Luqman memberikan jawapan.


"Kau ingat aku suka ke buat semua ni? Aku buat semua ni pun untuk kebaikan dia jugak.
Hmmmm kau takkan faham la, Shahrul."

"Memang aku tak faham. Dulu kau yang nak sangat kat dia. Pastu sekarang ni tiba-tiba 
kau buat macam ni pulak."

"Kita baru 20 tahun, Shahrul. Perjalanan masih jauh lagi. Aku first year medic dekat UK tu pun 
tak habis lagi. And kau bukannya tak tahu kalau ambik medic perlukan berapa tahun kan?"

"Ala paling lambat pun habis study masa umur kau 26. So what?"

"6 tahun lagi Shahrul. Kau ingat senang ke seseorang perempuan untuk menunggu selama tu?"

"Ooo jadi kau nak gunakan itu sebagai alasan untuk kau tipu dia?"

"Aku tak nak kitorang terlampau berharap. Anything can happen within 6 years, Shahrul." 

"Dulu kau kata kau akan terus berdoa biar Allah jodohkan kau dengan dia. Mana perginya semua tu?"



"For your information, Shahrul,


I had never stop praying for that."



"Tapi kenapa mesti mainkan perasaan dia sampai macam tu sekali? Aku dah tak sanggup tengok dia bersedih, Luqman."

"Sebab aku tak nak dia bersedih la aku buat macam ni. Aku tak nak dia terpaksa tunggu lama-lama untuk
sesuatu yang belum pasti macam ni."


Hanya tuhan saja betapa peritnya bagi Luqman untuk mengungkapkan kata-kata itu.


Keadaan menjadi sepi buat satu ketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri.



Luqman pun menyambung ayatnya, 



                "But if she still dares to wait, 

                        Then I'll be with her."





Tetapi kali ini,

Hanya dia saja yang mendengarnya...





Monday, December 2, 2013

King Of Rock & Roll








Remember him?

Elvis Aaron Presley


One of the most famous artist ever lived.

In his life, he had everything.

Yup,

Everything.



He was rich.

He married one of the most beautiful actress at that time.

Priscilla Presley.

He also had many nice cars.

Limousine, Pink Cardillac, Mercedes Benz 600. Just name it.



His house?

You tell me.




Well, like I said,

He had EVERYTHING.


But there's one important thing that he missed.

A peaceful life.



He was found dead in his bathroom.

He had an overdose of prescription drugs.



"Money, pretty girls, big houses, nice cars, you can have it all. 
But those things can't ensure your happiness"



**********************************************************



Ketenangan .

Mencari ketenangan sangatlah mudah jika kita tahu akan caranya.

Pangkat, harta, rumah besar, kereta mewah, isteri cantik.


Cerita Elvis Presley ini dah membuktikan bahawa semua itu tak mencukupi.





Tatkala masalah beraja di jiwa,

Kembalilah pada Sang Pencipta.

Kembalilah pada Yang Esa.

Kerana itulah dia,

Fitrah manusia.



Usahlah terkejar-kejar mencari kebahagiaan.

Kembalilah dulu kepada 'fitrah'mu,

Akan kau lihat tika itu,

Kebahagiaan dan ketenangan hidup yang akan berlari-lari mengejarmu.





***********************************************




So Don't Worry, Be Happy.



Keep Calm

and

Let's Get Back To Our Fitrah :)








Monday, November 4, 2013

Sebuah Senyuman :)









"I have many problems. But my lips don't know that. They always smile." 
-Charlie Chaplin-




"Alaaa Shahrul. Tolonglah aku. Kau kan dah lama kawan baik dengan Luqman tu.
Takkan dia takde cakap pasal mana-mana perempuan yang dia berkenan kot?"

"Dah 1 tahun aku tak jumpa Shahrul dah, Nurul. Camne la aku nak jumpa dia dekat UK sana tu? 
Lagipun dia tu bukan jenis lelaki miang. So memang susah nak tahu siapa ada dalam hati dia."

"Aku takut kalau aku sorang je yang syok sendiri. Buat malu je nanti."

"Haha.. Aku teringat lagi dulu Luqman pun pernah cerita kat aku pasal kau. 
Dan dia pun cakap benda yang sama. Takut syok sendiri. Haihh.."

"Dia pernah cakap pasal aku? Dia cakap apa?"

"Cakap lebih kurang macam kau lah. Pasal takut syok sendiri semua tu. Hehe.."

"Hmmm memang lah takut . Yelah bak kata orang, takkan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan."

"Actually aku tak sependapat dengan kau. Setiap perkara ada caranya tersendiri, Nurul. 
Siapa kata tak boleh bunyi? Tengok ni."


Lalu Shahrul menepuk meja menggunakan sebelah tangannya.


"Kalau macam tu memang la bunyi, Shahrul. Alaaa kiranya macam lampu la. Dalam litar dia both ends
kene bersambung. Dan macam kes kita sekarang ni, kalau ada satu hujung yang tak bersambung,
lampu-lampu kebahagiaan takkan bercahaya, kan?" 

"Amboi ayat kau kemain lagi. Hehe.. Well like I said, everything has its own way.
Siapa kata tak boleh bercahaya kalau tak bersambung? Cuba kita masukkan kedua-dua hujung 
wayar tu dalam satu bekas air. 
Anda akan dapat hasil yang akan menggembirakan hati anda. Ngeh ngeh ngeh.."


Kedengaran sedikit keluhan daripada Nurul. Shahrul pun menyambung lagi.


"Ingat Nurul, Luqman pernah kata kat aku yang dia selalu sebut nama satu perempuan ni dalam doa dia. 
Aku yakin kau lah perempuan tu. InsyaAllah. Tak cuba tak tahu, right?"

"Serious? Well I hope you're right. InsyaAllah I'll try."



********************************************************




Jauh nun di United Kingdom, sedang Shahrul melayan 'Facebook'nya, dia disapa oleh Nurul 
di tempat 'chat' laman sosial itu.




Nurul     : Assalamualaikum, Shahrul. Apa khabar di UK sana tu?

Luqman : Wassalam Nurul. Aku ok je. Tapi badan dah makin berisi. Hehe.. Kau pulak camne?

Nurul     : Aku kat sini pun ok jugak. Cume aku tak makin berisi la. Haha..

Luqman : Cis kurang hasam kau. Berisi sikit je pun. 

Nurul     : Ala aku gurau je la. Biarlah berisi sikit, baru diri tu rasa malu kalau nak menggatal ngan 
                 perempuan.

Luqman : Takde maknanya nak menggatal dah. Mahu mengamuk tunang aku nanti. Habis aku kene kejar 
                 dengan parang. Hahahaha..


Nurul tersentak. Tunang? Perasaannya itu cuba disembunyikan.


Nurul     : Oh haha. Eh dah tunang dah? Tak pernah dengar cerita pun.

Luqman : Aku saja tak nak heboh-heboh pasal pertunangan aku ni. Baru bertunang, tak kahwin lagi kan. 
                 Aku pun bertunang dengan orang sini je. Nama dia Maryam. Baru masuk Islam. 


Nurul menguatkan dirinya untuk meneruskan perbualan. 


Nurul     : Tahniah la ye btw. Bila nak langsung walimatul urusnya?

Luqman : InsyaAllah bulan depan. Kitorang akan buat kat Malaysia. Majlisnya kat rumah aku je.

Nurul     : Wahh !! Dah nak sampai tarikhnya dah. Tak sabar nak naik pelamin la ni ye?

Luqman : Eh of course. Hehe takde lah. Jemput datang la ye nanti. 21/6 tau..

Nurul     : InsyaAllah :)


Perbualan diakhiri dengan satu senyuman. Satu senyuman yang sedang menyembunyikan seribu satu kesedihan. Bukannya  tidak menerima kenyataan. Hanya tak cukup kuat untuk menerimanya sebagai satu kebenaran.





"Ya Allah, You always give the best for your servants. I believe in you. Smile, Nurul. 
There's nothing to be sad of. Ingat, Allah ada."


Satu monolog yang sering menjadi tunggak kekuatan kepada Nurul untuk menjalani kehidupannya.

Ya, Nurul. Senyumlah.

Jodoh itu milik Allah. Just trust him. He knows what's the best you. 




****************************************************




A smile can show a million happiness, 
but it can also hide 


A Million Tears :')






Sunday, October 27, 2013

Aku Yang Baru :|









Aku tak mudah menangis.

Mungkin kerana sudah terlalu biasa menangis.

Aku tak mudah mengaduh kesakitan.

Mungkin kerana sudah terlalu biasa disakiti.

Aku tak mudah takut.

Mungkin kerana sudah terlalu biasa bersendirian.

Aku tak mudah jatuh cinta,

Mungkin kerana sudah tersedar bahawa itu semua satu pembuangan masa.

Tapi aku bersyukur atas segalanya,

Terima kasih juga kepada kau.

Kerana disebabkan semua ini,

Lahirlah Aku Yang Baru.


                                          -Double H-
                         




Sarah sebak membaca satu sajak dalam majalah sekolahnya. Bukannya dia tidak tahu 
siapa pemilik bagi nama 'Double H' itu. 

Hakim Hanafi.


Tapi dia sedar.

Semuanya sudah terlambat.



***********************************************************




"Sarah, so amacam kau punya persediaan untuk SPM ni?"

"Ala biasa-biasa je. I hope thats enough."

"Eh mana boleh macam tu. Kita kene la usaha dulu. Baru tawakkal."

"Aku tak nak target lebih-lebih. Aku tahu la kau pandai. Takyah nak over sangat."

"Orang nak tolong pun salah. Haihhh buat latihan banyak-banyak tau. Banyakkan bangun
malam akhir-akhir ni."

"K."

"Kenapa pulak ni? Macam badmood je. Pakwe lari ek? Hehe.."

"Kau jangan nak mengada-ngada. Takde maknanya ada pakwe."

"Razif tu macam mana pulak? Hahaha.."

"Hei bengong !! Sedap-sedap mulut kau je. Lempang kang baru tahu."

"Ala sorry la. Gurau sikit pun tak boleh. Sorry ye."

"Pastu sedap-sedap je nak minta maaf.

"Hek eleh at least aku minta maaf tau.. Hmm ok la. Cukup tu. Jangan buang masa kau dengan
budak bengong macam aku ni."

"Tu la. Makin tension pulak aku kalau melayan kau lebih-lebih ni."

"Ok. Goodluck exam."



*****************************************************



Perbualan terakhir yang sangat menyakitkan. Penyesalan bermain-main di minda Sarah.



Masa,

Jika mampu untukku kembalikan,

Akan aku lakukan, 

Untuk membaiki segala kesilapanku.

Untuk meminta maaf kepadamu.

Untuk menghentikan segala tangismu.

Untuk menjadi seorang sahabat yang lebih baik untukmu.


Kerna aku sedar.

Akulah penyebab tangismu.

Akulah penyebab kesakitanmu.

Akulah yang sering membiarkan dirimu keseorangan.

Sedangkan kaulah sahabat sejatiku.


Tapi aku masih waras,

Aku tahu itu semua takkan berlaku.

Kau sudah pergi entah ke mana.

Aku pula masih di sini.

MERANA.




Sarah menyeka air matanya selepas menulis bait puisinya yang terakhir. Dia tahu segala isinya itu takkan dapat mengubah apa-apa.


Akhirnya,
Kertas berisi puisi dironyokkan dan dicampak ke dalam tong sampah.




********************************************************




Don't Wait Until Its Too Late :)











Saturday, September 28, 2013

Operasi 4am








"Kau ni asyik belajar je. Pagi petang siang malam mengahadap buku. Tak bosan ke?"

"Bukan apa Abang Hasan, saya dah banyak miss study la."

"Kau tak study ke malam-malam?"

"Lately ni saya memang tak nak study malam-malam. Saya nak tidur awal so that saya 
boleh bangun awal pagi esoknya tu. Tapi at last, pagi tu tak bangun pun. 
Jadi memang tak study langsung lah jawabnya."

"Hahaha.. Itu fenomena yang dah ramai orang lalui. Abang pun pernah lalui. 
Tapi sekarang alhamdulillah dah ok."

"Boleh bagi tips sikit tak, abang?"

"Bagi abang, bangun pukul 4-5 pagi ni something yang tak semua orang boleh buat. I mean, yelah 
kita kalau dah bangun pagi-pagi camtu bukannya nak study semata-mata kan?
Mesti nak solat tahajud, taubat, hajat semua tu kan? So maksud abang, orang yang 
boleh bangun pukul 4-5 pagi ni, ialah orang yang dipilih Allah."

"Habistu maknanya susah la nak bangun awal pagi ni ek, abang?"

"Tak susah pun. Tapi nak cakap senang pun tak boleh jugak. Bagi abang, 
abang berpegang dengan satu prinsip ni."


To have a good day, you must have a great morning. 
But to have a great morning, 

You must first have an amazing day before it.


"Oh jap. Maknanya untuk bangun awal pagi,  
hari sebelumnya tu mesti kene jadi hari yang awesome dulu la ek?"

"Pandai pun. Fuhh berfalsafah jugak kau kan?"

"Aishhh Abang Hasan ni. Ada ke patut cakap macam tu dekat bakal pengganti 
A.Samad Said macam saya ni."

"Hek eleh exam BM pun dapat A atas pagar je, nak jadi A.Samad Said konon."

"Hahaha ala cepat la, bang. Orang nak tahu tips dia ni."

"Ni abang nak bagitahu la ni. Ish tak reti sabar betul budak ni. Ok tips dia macam ni,



Sebelum tidur, 

1. Ambik wudhu. 

2. Baca 3 Qul & ayat Qursi.

3. Baca doa tidur & doa personal biar Allah kuatkan kita untuk bangun awal pagi.

4. Tidur mengiring ke kanan.




Dan yang paling penting, niat dan keazaman. Mindset !! Sebenarnya kan, kalau kita memang dah niat dan berazam sebelum tidur yang kita nak sangat bangun pukul 4 tu, kita akan bangun dengan sendiri
awal pagi tu. No need for alarm clock. That is what we call as The Power of Mind."

"Oh okay tapi saya rasa saya belum sampai tahap tu lagi. So alarm clock masih lagi diperlukan. Hehe.."

"Ala takpe. Lagi bagus la kalau ada alarm clock so that probability untuk kita terlajak tidur tu kurang.
And lagi satu, malam sebelumnya tu, JAGA MAKAN. Ingat,


The more you eat, the more you'll sleep.


Kalau perut dah penuh, kita akan sentiasa rasa malas. So jangan makan banyak sangat untuk dinner.
Rasenye itu je la kot tips yang selalu abang guna."

"Thank you, Abang Hasan !! Saya doakan moga abang murah rezeki dan diramaikan jodoh."

"Amiiiiiiinnnnnnn !!!! Ya Allah makbulkanlah doa budak ini.."

"Haha amboi semangat betul mengaminkan doa tu."

"Eh of course. Ceh.. Dah cukup tu. Abang dah lapar ni. Jom pegi lunch."

"Wokehhhh !! Saya belanja. Air je tau."

"Air pun air la.. Mamak !! Teh tarik bagi 8 !!"



*************************************************************








Friday, September 27, 2013

Apa yang termampu .








"Sometimes there are just something that we should only
share with Allah about it."



"We Luqman, kau ada hati dengan si Nurul tu ek?"

"Daripada mana pulak kau dapat cerita ni? Ish."

"Ecehh malu-malu pulak, aku teka je. Tengok muka kau bila sebut nama dia pun dah boleh tahu dah."

"Actually ada jugak la sikit. Tapi buat apa nak berharap lebih-lebih? Kita muda lagi."

"Pergi je la luahkan perasaan kau dekat dia. Kang kalau dah melepas baru kau tahu."

"Hmmm.. Kau tahu tak Shahrul, dalam doa aku setiap hari, cuma ada 2 je 'full name' yang aku akan sebut.
Yang first skali, of course la nama mak aku."

"Yang kedua?"

"Hanya Allah yang tahu. Hehe.."

"Cewah, Mesti nama dia kan?"

"Kau tak payah nak jadi detektif cinta kat sini pulak."

"Kalau doa tapi tak luahkan perasaan, takde guna jugak. Camne dia nak tahu?"

"Kau ni cakap macam la aku dah boleh kahwin. Muda lagi kot. Lagipun perlu ke dia tahu?
Bukannya nak kahwin sekarang pun. Lama lagi perjalanan ni."

"Kau selalu doa macam mana, man?"


"Ya Allah, Kau jodohkanlah aku dengan wanita yang cantik dan solehah. Kau perbaikilah 
hubungan  aku dengan __________. Kekalkanlah kami. Jodohkanlah aku 
dengan __________  jika itu yang terbaik untuk kami."



"Hamboihh tudiaaa ustaz Luqman kita. Bukan main lagi kau ek. Dah la sebut 2 kali, 
nama penuh pulak tu. Practice akad nikah ke, cik abang oi?"

"Suka hati kau la nak cakap apa pun. Aku bagitahu kau sebab kaulah kawan susah senang aku selama ni."

"Alaa nak gurau sikit pun tak boleh. Tapi macam yang kau cakap tadi, kita kan muda lagi.
Kau muda-muda dah fikir pasal kahwin ni semua."

"Aku bukannya gatal tak sabar nak kahwin. Cuma aku memang berharap sangat yang aku akan dapat 
isteri solehah. Yelah, aku sedar aku ni bukannya baik sangat.
Aku perlukan pembimbing kehidupan. Isteri yang akan mendekatkan aku dengan syurga,
bukannya neraka."

"Ala kalau dapat isteri teruk pun, kau bimbing je lah isteri kau tu."

"Aku takut la, rul. Aku tak sekuat tu. Bayangkan, kalau isteri teruk, gabung dengan suami teruk, 
tak ke nanti last-last skali akan jadi keluarga beruk?"

"Hahahahahahaha.... Sempat lagi tu loyar buruk. Tapi dia nak ke dekat kau, man? 
Entah-entah dia suka orang lain."

"Itu hak dia. I can't do anything about that. Tapi aku pun faham kalau dia tak nak dekat aku.
Yelah, dia pun mesti nak suami soleh. Bukan macam aku. Huhu.."

"Tak elok kau cakap camtu, man. InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa kau tu 
kalau kau betul-betul ikhlas."

"Aku dah la nak jadi doktor. Paling awal habis belajar pun mesti aku dah 25 atau 26.
Sanggup ke dia nak tunggu lama camtu, kan?"

"Jodoh ni Allah yang tentukan. Tak kisah la cepat ke lambat. Entah-entah nanti kau baru nak
pegi universiti dah naik pelamin dah. Well, who knows right? Haha."

"Ada-ada je kau. Haha insyaAllah. Nanti kita naik pelamin sama-sama tau. Hehe.."

"Ceh, jauh betul wawasan kita, kan? Haha insyaAllah, bro."



**********************************************************


If you know it's not the right time, KEEP DISTANCE
Pray to Allah, 
and

Just wait for the best to happen :)




Monday, September 23, 2013

Oh ibu :'(









Ibu.

Seorang bidadari pinjaman ilahi.

Anak merupakan manusia pertama dalam carta hatinya.

Yang sering dia ingin kucup,

Ingin dia belai,

Ingin dia meluangkan masa bersama.


"Asyik nak luang masa dengan kawan je. Bila nak luang masa dengan mama?"

"Ala takpe la mama. Nanti kita spend time sama-sama ya."



Satu janji yang tak pernah aku tepati.

Kawan sering didahulukan.

Ibu sendiri,

Diabaikan.



"Besar-besar nanti Aiman tak nak kawen. Aiman nak jaga mama sampai bila-bila.
Aiman nak duduk dengan mama sampai Aiman mati."


Kata-kataku 10 tahun lalu,
Yang sekarang hanya tinggal kenangan.

Aku lupa, aku leka,

Di saat aku sentiasa berada dalam ingatanmu,
Aku melupakanmu.

Di saat kau sentiasa bimbang tentang diriku,
Aku pula buat tak tahu.

Bukan tak sayang, bukan tak cinta,

Jauh sekali membenci.



Tetapi itulah kelemahanku,

Tidak tahu cara bagi menunjukkan cintaku padamu.

Aku sedar akan kebodohanku itu,


"Ya Allah, Kau perbaikilah hubungan aku dengan ibubapaku. Kau ampunkanlah segala dosa-dosa mereka. Kau murahkanlah rezeki mereka, kau panjangkanlah umur mereka dan 
jauhilah mereka daripada seksaan kubur dan api neraka."


Dalam doa inilah, 
Aku meluahkan segala rasa cintaku padamu.

Dalam doa inilah, 
Aku sering menangis apabila mengenangkan dosa-dosaku padamu.

Percayalah,
Kau sentiasa berada dalam doaku setiap waktu.



"Redha Allah adalah pada redha ibubapa, dan murka Allah adalah pada murka ibubapa."


Ibu,

Adakah kau redha pada anakmu ini?

Anak yang sering melupakanmu,

Anak yang sering ambil ringan tentangmu,

Adakah kau redha padaku?



Aku tahu.
Sesungguhnya aku tidak layak untuk memilikimu sebagai ibu.

Kau bidadari bertopengkan manusia,

Sedangkan aku,
Hanya hamba Allah yang tidak tahu mengenang budi.


Ampunkanlah anakmu ini.
Aku berazam akan menjadi anak yang akan membawamu ke syurga.

Ingat lagi kata-kataku 10 tahun dulu?


"Mama mesti la masuk syurga. Mama baik. Nanti Aiman pun nak jadi baik macam mama. Pastu nanti kita boleh la masuk syurga sama-sama, kan mama?"


InsyaAllah.


"Selagi kita masih punya ibu, ketahuilah bahawa ibu sentiasa inginkan waktu bersama anak-anaknya... Berbual dan ketawa bersama, berkemas rumah dan menonton TV  bersama. Kehendak ibu ini tidak sukar sebenarnya. Jika ibu telah tiada, pastinya waktu bersama ibulah yg kita dambakan dan tidak dapat lagi kita kecapi. Ibu hanya satu di dunia tetapi rakan2, silih berganti."




Mom, you're my everything. 
but I'm just too stupid for not showing it  :'(


*Mom, you'll read all this when the time comes.



Friday, September 20, 2013

Trust









"The word 'Trust' itself is very special. So when I say 'I trust you', don't make me regret it."




"Hakim, kau kenapa? Macam ada masalah je."

"Kau cakap ape ni tetibe je? Aku ok la. Lagipun kalau aku ada masalah pun, aku cuma akan cerita dekat
orang yang aku percaya je. Faham-faham lah."

"Oooo maknanya kau tak percayakan aku lah ni ye? Kenapa mesti fikir macam aku ni jahat sangat je?
Aku ada buat salah apa-apa dengan kau ke?"

"Kepercayaan tu bukan senang untuk kita dapat. Trust is a big word. It needs someone 
more than special to get it. Harap kau faham la ye, Sarah."

"Just nak kau tahu yang aku sentiasa sudi dengar kalau kau nak cerita apa-apa masalah kat aku. 
Aku nak jadi seorang kawan yang baik macam kau."

"Hmmm insyaAllah."




*************************************************************




"Hakim !! Kenapa kau tweet macam tu? Siapa yang tikam belakang kau?"

"Kau ni menyibuk betul la. Sukahati aku la nak tweet apa pun. Asalkan tak kacau hidup kau kan?"

"Aku tahu kau tengah moody sekarang ni. Tapi susah sangat ke nak anggap yang aku ni kawan kau?
Aku just nak jadi kawan yang baik. Kenapa la niat baik selalunya disalahtafsirkan?"

"Aku lagi suka kalau aku selesaikan masalah aku sendiri. Aku tak perlukan bantuan daripada kau. 
Kau bukan boleh buat apa-apa pun. Sorry. I'm not in the mood."

"Aku harap suatu hari nanti kau akan dapat percayakan aku."




***************************************************************




Lepas satu, satu masalah yang datang. Musibah tak henti-henti. Aku pun dah penat
menanggung semua ni seorang diri. Aku memang nak percayakan si Sarah tu,
tapi, macam mana kalau sejarah berulang lagi? Aku lagi sanggup tempuh semua ni sorang-sorang
daripada menanggung kesakitan dulu tu. Tapi, aku dah tak larat...  Hmm Hakim, maybe now is the right time for you to forget the past and move on.

Itulah Hakim. Manis di luar, perit di dalam. Segala cabaran ditempuh seorang diri dek kerana takut disakiti lagi. Dan akhirnya, Hakim membuat keputusan.


"Sarah, aku ada masalah sikit ni."

"Kenapa Hakim?"

"Errr aku nak cerita pun rasa bersalah. Sebab selama ni aku tak pernah nak percayakan kau."

"Takpe Hakim aku faham."

"Tapi aku bagi warning awal-awal tau. Aku ni kuat bebel sikit. Nampak je pendiam hehe."

"Bebel pun bebel la Hakim. Aku akan terima. Aku pasrah. Siti Sarah binti Ahmad Kamarurrizwan
memang baik orangnya. Cewah"

"Cerita dia macam ni, ...................."




*********************************************************




"Bagus jugak ada kau ni kan? Sorry la selama ni aku susah nak percayakan kau. Pengalaman mengajar aku yang kepercayaan itu sesuatu yang sangat mahal."

"So sekarang ni dah boleh percayakan aku?"

"Amboi jangan gelojoh sangat. Baru tolong sikit dah nak kecoh."

"Hek eleh mamat ni. Sikit-sikit nak marah. Pok pek pok pek pok pek bising je. Dah la kuat bebel."

"Apa kau cakap?! Tumbuk kang baru tahu."

"Hahaha dah la cukup tu. Kalau melayan kau memang sampai esok la jawabnya."

"Ok la. Aku pun nak mandi ni. Thanks, Sarah. And aku harap kau takkan ceritakan
masalah tu dekat sesiapa."

"insyaAllah, boss !!"



************************************************************




"Sarah !! Macam mana kawan-kawan  sekelas kau boleh tahu pasal masalah-masalah aku?"

"Ala Hakim, relax la. Diorang kan kawan-kawan aku. Takde masalah punya."

"Kan kau dah janji tak nak bagitahu orang lain."

"Sebenarnya haritu aku diorang tanya aku pasal kau, pastu aku pun cerita la sekali pasal masalah kau tu."

"Huh, senangnya cakap. And thanks to you, sekarang ni budak-budak tu dah 
mula sebarkan cerita tu."

"Ala Hakim. Bukannya memalukan sangat pun. Lagipun mana lah tahu kalau-kalau ada orang boleh tolong selesaikan masalah kau tu."

"Kau memang tak faham, dan kau memang tak pernah faham. Kalau kau nak tahu, yang aku dah bagi kat kau tu, itulah kepercayaan. Dan yang kau bagi kat aku ni, inilah dia pengkhianatan."

 "Takkan la disebabkan rahsia sikit tu kau sanggup cakap aku camtu? Kan kau kata kau percaya kat aku."

"Maaf. Aku salah sebab percayakan kau. Aku pun tak tahu macam mana aku
boleh bertindak sebodoh tu."

"Aku minta maaf, Hakim."

"Easy to forgive, hard to forget. Aku memang dah maafkan kau dah pun. Cuma lepasni
jangan terlalu berharap yang aku akan layan kau macam dulu. Aku rasa aku dah takkan percaya sesiapa lagi dah dalam hidup aku ni. Ok la aku kene balik ni. Terima kasih sebab sudi kawan dengan aku.
Assalamualaikum."






Nampaknya benda yang aku takut dah pun jadi. Sejarah telah pun berulang. Kau memang bodoh, Hakim!! Kau fikir Sarah tu lain daripada yang lain ke? Kononnya dah penat la kan nak tempuh sorang-sorang? But look at you now !! Berakhir dengan kekecewaan !!


Menyalahkan diri sendiri tanpa henti. Ya, memang dia tidak menangis. Segala kesedihan itu seperti tersimpan di lubuk hatinya yang dia sendiri tak ingin rungkai. Itulah kehidupan Hakim.


"Aku percayakan kau." 
Kata-kata yang sangat sukar untukku ungkap. Sangat sukar untuk kau dapat. Tapi apabila ia sudah berada dalam genggaman kau, kau hanya anggap itu seperti sampah.




**************************The End**************************




"Trust is like a paper. Once it gets crumpled, 
it will not be perfect anymore."




Sunday, September 15, 2013

Forgot?









"Not everyone can really appreciate what we had done for them."




"Kau ni Sarah, selalu bukan main ramai lagi kawan kau. Kenapa nak mintak tolong aku jugak?"

"Alaaaa Hakim , aku bukannya nak menyusahkan kau, tapi aku rasa kau je lah yang sanggup tolong aku. Selama ni kan kau sorang je yang ada kat sebelah aku. Yang lain entah ke mana entah."

"Yang tu bukan kawan namanya. Hmmm ok la. Kau nak aku tolong apa?"

"Thank you !! Kau la kawan aku dunia akhirat."



****************************************************************


"Woi ni dah pukul berapa dah ni? Kau nak apa call aku pepagi buta ni? Aku ngantuk la."

"Weh aku ada masalah ni."

"Tak boleh ke tunggu esok pagi? Macam tak sesuai je nak cerita sekarang"

"Kalau ada masalah kat kepala mana boleh tidur. Kawan aku memang ramai, tapi aku pun tak tahu kenapa aku rasa kau je yang sanggup dengar masalah aku ni. Please."

"Hmmmm iye lah. Kesian pulak tengok kau sorang-sorang simpan masalah ni."

"Thank you, Hakim. Dengar tau. Jangan tidur. Hehe.."

"Ish bising pulak. Dah la kacau orang pepagi buta ni. Now, go on. What's the problem?"



***************************************************************



"Hello Hakim !! Esok aku ada pertandingan badminton. Bila aku tengok list peserta-peserta dari sekolah lain, Ya Allah diorang semua power-power. Ramai yang wakil daerah. Aku pulak just wakil sekolah je. Mesti kalah awal ni. Rasa macam nak tarik diri pun ade jugak."

"Weh Sarah jangan la camtuh. Apa guna kau dah berlatih penat-penat tapi at last tarik diri? Membazir je."

"Tapi kalau tak tarik diri pun tetap akan kalah jugak."

"Ish tumbuk kang baru tahu. Kau main je la. Banggakan diri kau tu sikit. Tak kesian ke kat diri kau tu asyik dikongkong oleh diri sendiri je?  Kalau asyik fikir nak tarik diri je, macam mana nak maju?
Believe me. I know you can do it."

"Aku takut la Hakim. Apa yang orang akan kata kat aku nanti kalau aku kalah?"


Suara esakan mula kedengaran.


"Woi woi woi jangan nangis. Kau masih tak tahu lagi kebolehan diri kau. And kalau kau nak tahu, 
kaulah pemain badminton yang paling unik sekali pernah aku tengok" 

"Apa yang uniknya?"

"Yelaa, kaulah orang pertama aku tengok pegang raket macam pegang senduk 
nak pukul suami. Hahahaha.."

"Kurang hasam kau Hakim. Aku nak pukul kau la sebenarnya. Haha walaupun gurau tu kasar tapi at least dapat jugak aku ketawa. Padahal tak lawak pun. Ceh. Terima kasih la ye ceriakan aku pagi ni."


Senyuman terlirik di bibir Hakim. Akhirnya dia berjaya juga menceriakan si 'budak bertuah' ni. 


"Dah tu jangan nangis dah. Kalau kau menang, aku belanja burger bakar. Kalau kalah,
kau belanja aku burger kambing. Ok?"

"Huhu ok aku terima. Hakim, thanks for everything."



********************************************************

2 minggu kemudian.



Mana budak ni? Dah lama dia tak mintak tolong aku. Bosan jugak kalau dia takde. Mula-mula dulu memang la bengang. Tak habis-habis kacau aku time die susah je. Padahal kawan berlambak. Maybe dia rasa aku ni special kot. Mana lah tahu kan? Hehe..


Hakim tersengih sambil bermonolog sendirian.


"Hamboi kemain agi sengih sorang-sorang. Ingat awek la tu."

"Takde maknanya nak ingat awek. Kau dah takde masalah dah ke? Lama kau tak mintak tolong aku dah."

"Selalu kata aku menyusahkan kau. Sekarang ni aku selalu mintak tolong kat budak baru sekolah kita tu. 
Nama dia Razif. Dia baik sangat. Memahami."

"Hmmm yela. Habis manis sepah dibuang. Tapi takpe. Asalkan takde la orang nak menyusahkan 
aku dah lepasni, kan?"


Soal hati diketepikan. 'Senyuman palsu' pula mula memainkan peranan.


"Ish sampainya hati kau. Ni yang malas nak mintak tolong kau ni. Razif tak pernah merungut kalau 
aku mintak tolong apa. Dia sentiasa ikhlas."

"Ye la. Aku takde la baik sangat macam dia. Ok lah Sarah. Aku ada hal sikit. Nanti kalau ade pape
bagitahu aku."

"Jangan risau. Nanti Razif ada."


***************The End****************


Jangan fikir semua orang akan menghargai apa yang kita dah buat untuk mereka,



Mungkin mereka lupa .






Monday, September 2, 2013

Maaf .







A word with only 5 letters.

But has a powerful meaning that can't be described even with 5 thousand words.



"Maaf"

Senang untuk disebut.

Tetapi sukar untuk didengar.


"Kenapa pulak aku yang kene mintak maaf. Bukannya salah aku pun."


Ego tinggi.

Semuanya saling menyalahi.

Akhirnya,

Ukhuwwah terputus begitu sahaja..

Murah.

Sangat tiada harga.



"Apologising first doesn't mean that you're guilty. It proves that you're wiser"



Meminta maaf.

Bukan tandanya takut.

Bukan tandanya salah.


Tapi itu tandanya kita sudah cukup matang untuk membezakan mana yang lebih penting.

Ego atau Sahabat?



Actually, kita bukan nak sangat pun perkataan 'sorry' tu. Tapi kita just nak tahu
adakah orang yang buat salah tu,,


Layak untuk dibuat kawan.



Mati 

Tak kira tempat.

Tak kita masa.

Mungkin esok, mungkin lusa,

Apabila tiba masanya, akan pergi jua.



Tetapi persoalannya,

Mahukah kita menghadap-NYA dengan dosa yang masih bercicir-ciciran di dunia?


Aku tak tahu ajalku bila.

Sedangkan salah dan silap berjuta-juta.

Jadi, kepada semua..



MAAF  :')






Saturday, August 31, 2013

Give Up?







"It aint about how hard you hit. Its about how hard you can get hit and keep moving forward"

-Rocky Balboa-



Salah satu kata-kata yang sepatutnya dijadikan inspirasi.

"Aku ni pembawa sial. Hidup aku malang. Mungkin kalau makin lama aku hidup, makin banyak masalah datang. Tengok je la macam mana hidup aku sekarang. Ada je yang tak kene."


Jangan tunduk kepada masalah.

dan yang paling penting,

Jangan sesekali lari daripada masalah.


"Running away and giving up won't solve your problems. Embrace it instead and don't ever let go 
until you have the power to overcome it"



Jatuh.

Bangun.

Jatuh.

Bangun.


Jika perlu mengulangi sehingga seribu kali sekalipun,

Ulanglah.

Lagipun,

Bosan la hidup kalau asyik ada kat atas je.. Cuba bayangkan kalau hidup kita
atas bawah atas bawah.

Baru la 'adventure' sikit macam roller coaster..


"Falling down and getting back up. That is the life script of Hellen Keller, Bill Gates, Michelango, Mother Theresa, Leonarda da Vinci, Thomas Jefferson and Albert Einstein."




Mereka sama seperti kita.

Manusia biasa.

Salah dan silap berjuta-juta.


Tetapi yang menjadikan mereka luar biasa,

Ialah skrip kehidupan yang istimewa.


Jangan lupa,
Itulah juga skrip kehidupan pejuang-pejuang Islam kita.


Khalid al-Walid.

Tariq Ziyad.

Salahuddin al-Ayubi.

Sultan Muhammad al-Fateh.

"Hai anak-anakku, pergilah kamu, mencari berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir."

(QS. Yusuf : 87) 
 



Go ahead and ask yourself.

Are you a Muslim?

And if you are,



Mark my words.


Muslims Never Give Up :)



Tuesday, August 20, 2013

Pelangi





"Tu semua ujian daripada Allah untuk uji keimanan kau. Sabar je lah."


Senanglah kau kata,

Kau tak rasa apa yang aku rasa.

Kau tak lalui apa yang aku lalui.

Kau takkan faham.



So brother, if you think no one will understands you,

What are you waiting for?

Mengadulah pada Allah.

"Hanya Kau kami sembah dan hanya kepada Kau kami minta tolong" 
-Al Fatihah, Ayat 5-


Itulah ayat yang kita baca setiap hari. Hayatilah maksudnya.


Don't ever lose hope.

Ingatlah,
Setiap kesusahan pasti akan diselangi dengan kebahagiaan.

Allah tak kejam, bro.


"Everything happens for a good reason"


Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Tapi tak perlulah kita tercari-cari,

Because sooner or later, the 'reason' will come to you.

It's just a matter of time.


Dugaan itulah yang akan menguatkan kita.

Dugaan itulah yang akan menjadikan kita seorang yang lebih hebat.



"Dugaan itu penyebab utama terhasilnya kejayaan"


Kita dengan orang-orang berjaya yang lain semuanya sama,

Manusia biasa.

Tapi nak tahu tak apa bezanya mereka dengan kita?


Mereka tak tunduk kepada dugaan. Mereka merasakan setiap 'kejatuhan' mereka itu sebagai satu peluang untuk mereka bangkit dengan menjadi seorang yang baru.


Seorang yang lebih hebat.

Yang takkan melakukan kesalahan yang sama.


Jadilah lebih hebat daripada yang terhebat.

Be The Best Among The Best !!

Jangan harapkan orang lain.
Hanya kita je yang boleh menentukan kejayaan diri kita sendiri.



Think positive.

Pray to Allah.

And everything will be just fine :)


"There's always a rainbow after the rain."


***********************************