Monday, November 4, 2013

Sebuah Senyuman :)









"I have many problems. But my lips don't know that. They always smile." 
-Charlie Chaplin-




"Alaaa Shahrul. Tolonglah aku. Kau kan dah lama kawan baik dengan Luqman tu.
Takkan dia takde cakap pasal mana-mana perempuan yang dia berkenan kot?"

"Dah 1 tahun aku tak jumpa Shahrul dah, Nurul. Camne la aku nak jumpa dia dekat UK sana tu? 
Lagipun dia tu bukan jenis lelaki miang. So memang susah nak tahu siapa ada dalam hati dia."

"Aku takut kalau aku sorang je yang syok sendiri. Buat malu je nanti."

"Haha.. Aku teringat lagi dulu Luqman pun pernah cerita kat aku pasal kau. 
Dan dia pun cakap benda yang sama. Takut syok sendiri. Haihh.."

"Dia pernah cakap pasal aku? Dia cakap apa?"

"Cakap lebih kurang macam kau lah. Pasal takut syok sendiri semua tu. Hehe.."

"Hmmm memang lah takut . Yelah bak kata orang, takkan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan."

"Actually aku tak sependapat dengan kau. Setiap perkara ada caranya tersendiri, Nurul. 
Siapa kata tak boleh bunyi? Tengok ni."


Lalu Shahrul menepuk meja menggunakan sebelah tangannya.


"Kalau macam tu memang la bunyi, Shahrul. Alaaa kiranya macam lampu la. Dalam litar dia both ends
kene bersambung. Dan macam kes kita sekarang ni, kalau ada satu hujung yang tak bersambung,
lampu-lampu kebahagiaan takkan bercahaya, kan?" 

"Amboi ayat kau kemain lagi. Hehe.. Well like I said, everything has its own way.
Siapa kata tak boleh bercahaya kalau tak bersambung? Cuba kita masukkan kedua-dua hujung 
wayar tu dalam satu bekas air. 
Anda akan dapat hasil yang akan menggembirakan hati anda. Ngeh ngeh ngeh.."


Kedengaran sedikit keluhan daripada Nurul. Shahrul pun menyambung lagi.


"Ingat Nurul, Luqman pernah kata kat aku yang dia selalu sebut nama satu perempuan ni dalam doa dia. 
Aku yakin kau lah perempuan tu. InsyaAllah. Tak cuba tak tahu, right?"

"Serious? Well I hope you're right. InsyaAllah I'll try."



********************************************************




Jauh nun di United Kingdom, sedang Shahrul melayan 'Facebook'nya, dia disapa oleh Nurul 
di tempat 'chat' laman sosial itu.




Nurul     : Assalamualaikum, Shahrul. Apa khabar di UK sana tu?

Luqman : Wassalam Nurul. Aku ok je. Tapi badan dah makin berisi. Hehe.. Kau pulak camne?

Nurul     : Aku kat sini pun ok jugak. Cume aku tak makin berisi la. Haha..

Luqman : Cis kurang hasam kau. Berisi sikit je pun. 

Nurul     : Ala aku gurau je la. Biarlah berisi sikit, baru diri tu rasa malu kalau nak menggatal ngan 
                 perempuan.

Luqman : Takde maknanya nak menggatal dah. Mahu mengamuk tunang aku nanti. Habis aku kene kejar 
                 dengan parang. Hahahaha..


Nurul tersentak. Tunang? Perasaannya itu cuba disembunyikan.


Nurul     : Oh haha. Eh dah tunang dah? Tak pernah dengar cerita pun.

Luqman : Aku saja tak nak heboh-heboh pasal pertunangan aku ni. Baru bertunang, tak kahwin lagi kan. 
                 Aku pun bertunang dengan orang sini je. Nama dia Maryam. Baru masuk Islam. 


Nurul menguatkan dirinya untuk meneruskan perbualan. 


Nurul     : Tahniah la ye btw. Bila nak langsung walimatul urusnya?

Luqman : InsyaAllah bulan depan. Kitorang akan buat kat Malaysia. Majlisnya kat rumah aku je.

Nurul     : Wahh !! Dah nak sampai tarikhnya dah. Tak sabar nak naik pelamin la ni ye?

Luqman : Eh of course. Hehe takde lah. Jemput datang la ye nanti. 21/6 tau..

Nurul     : InsyaAllah :)


Perbualan diakhiri dengan satu senyuman. Satu senyuman yang sedang menyembunyikan seribu satu kesedihan. Bukannya  tidak menerima kenyataan. Hanya tak cukup kuat untuk menerimanya sebagai satu kebenaran.





"Ya Allah, You always give the best for your servants. I believe in you. Smile, Nurul. 
There's nothing to be sad of. Ingat, Allah ada."


Satu monolog yang sering menjadi tunggak kekuatan kepada Nurul untuk menjalani kehidupannya.

Ya, Nurul. Senyumlah.

Jodoh itu milik Allah. Just trust him. He knows what's the best you. 




****************************************************




A smile can show a million happiness, 
but it can also hide 


A Million Tears :')






No comments:

Post a Comment