Friday, September 27, 2013

Apa yang termampu .








"Sometimes there are just something that we should only
share with Allah about it."



"We Luqman, kau ada hati dengan si Nurul tu ek?"

"Daripada mana pulak kau dapat cerita ni? Ish."

"Ecehh malu-malu pulak, aku teka je. Tengok muka kau bila sebut nama dia pun dah boleh tahu dah."

"Actually ada jugak la sikit. Tapi buat apa nak berharap lebih-lebih? Kita muda lagi."

"Pergi je la luahkan perasaan kau dekat dia. Kang kalau dah melepas baru kau tahu."

"Hmmm.. Kau tahu tak Shahrul, dalam doa aku setiap hari, cuma ada 2 je 'full name' yang aku akan sebut.
Yang first skali, of course la nama mak aku."

"Yang kedua?"

"Hanya Allah yang tahu. Hehe.."

"Cewah, Mesti nama dia kan?"

"Kau tak payah nak jadi detektif cinta kat sini pulak."

"Kalau doa tapi tak luahkan perasaan, takde guna jugak. Camne dia nak tahu?"

"Kau ni cakap macam la aku dah boleh kahwin. Muda lagi kot. Lagipun perlu ke dia tahu?
Bukannya nak kahwin sekarang pun. Lama lagi perjalanan ni."

"Kau selalu doa macam mana, man?"


"Ya Allah, Kau jodohkanlah aku dengan wanita yang cantik dan solehah. Kau perbaikilah 
hubungan  aku dengan __________. Kekalkanlah kami. Jodohkanlah aku 
dengan __________  jika itu yang terbaik untuk kami."



"Hamboihh tudiaaa ustaz Luqman kita. Bukan main lagi kau ek. Dah la sebut 2 kali, 
nama penuh pulak tu. Practice akad nikah ke, cik abang oi?"

"Suka hati kau la nak cakap apa pun. Aku bagitahu kau sebab kaulah kawan susah senang aku selama ni."

"Alaa nak gurau sikit pun tak boleh. Tapi macam yang kau cakap tadi, kita kan muda lagi.
Kau muda-muda dah fikir pasal kahwin ni semua."

"Aku bukannya gatal tak sabar nak kahwin. Cuma aku memang berharap sangat yang aku akan dapat 
isteri solehah. Yelah, aku sedar aku ni bukannya baik sangat.
Aku perlukan pembimbing kehidupan. Isteri yang akan mendekatkan aku dengan syurga,
bukannya neraka."

"Ala kalau dapat isteri teruk pun, kau bimbing je lah isteri kau tu."

"Aku takut la, rul. Aku tak sekuat tu. Bayangkan, kalau isteri teruk, gabung dengan suami teruk, 
tak ke nanti last-last skali akan jadi keluarga beruk?"

"Hahahahahahaha.... Sempat lagi tu loyar buruk. Tapi dia nak ke dekat kau, man? 
Entah-entah dia suka orang lain."

"Itu hak dia. I can't do anything about that. Tapi aku pun faham kalau dia tak nak dekat aku.
Yelah, dia pun mesti nak suami soleh. Bukan macam aku. Huhu.."

"Tak elok kau cakap camtu, man. InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa kau tu 
kalau kau betul-betul ikhlas."

"Aku dah la nak jadi doktor. Paling awal habis belajar pun mesti aku dah 25 atau 26.
Sanggup ke dia nak tunggu lama camtu, kan?"

"Jodoh ni Allah yang tentukan. Tak kisah la cepat ke lambat. Entah-entah nanti kau baru nak
pegi universiti dah naik pelamin dah. Well, who knows right? Haha."

"Ada-ada je kau. Haha insyaAllah. Nanti kita naik pelamin sama-sama tau. Hehe.."

"Ceh, jauh betul wawasan kita, kan? Haha insyaAllah, bro."



**********************************************************


If you know it's not the right time, KEEP DISTANCE
Pray to Allah, 
and

Just wait for the best to happen :)




No comments:

Post a Comment