Tuesday, August 6, 2013

Prinsip H .





"Abang, saya ada suka sorang budak ni la. Dia dah la cantik, baik, kuat agama pulak tu. Saya ada jugak rasa nak luahkan perasaan kat dia. Tapi hati still takut-takut lagi. Abang rase ape yang patut saya buat?"


Hasan agak terkejut dengan pengakuan anak buahnya, tetapi dia cuba menyembunyikan rasa terkejutnya itu. Akhirnya, dia mengambil nafas panjang dan menjawab dengan tenang.

"Eh eh eh budak ni, SPM pun tak ambik lagi dah pandai nak bercinta-cinta pulak. Ok macam ni, bagi abang, abang berpegang pada satu prinsip ni.


Kalau kita suka kat seseorang tu, KEEP DISTANCE. Jauhkan diri. Jaga ikhtilat. Dekatkan diri dengan Allah. Sebab apa yang kita boleh buat sekarang cuma doa kat Allah biar kita dijodohkan dengan orang yang kita suka tu. Allah yang berkuasa untuk membuatkan orang tu suka kat kita dan Allah jugaklah yang berkuasa untuk membolak-balikkan hati dia. 


Kalau nak bercinta sekarang, Yakin ke boleh sampai ke jinjang pelamin? Memang la usaha kene ada,
but this is not the right time. Bila masa dah sesuai, barulah kita 'take action'. Jumpa mak bapak dia,
merisik, meminang & akhirnya bernikah. But for the time being, Just pray and keep faith in Allah, boleh?"




-Kalau kita percaya dengan Qada' & Qadar, kita tak akan bercouple, kita takkan bercinta di usia muda.Sebab kita percaya bahawa jodoh telah ditentukan oleh Allah. Bak kata pepatah, kalau jodoh tak kemana-


"Cinta memang fitrah manusia. Sangat sukar untuk kita lari daripada perasaan itu.
Tapi adalah tanggungjawab kita untuk menjaganya agar tak membawa kita ke kancah maksiat"




No comments:

Post a Comment