Friday, August 16, 2013

Saudara .







"Itu bukan masalah saya"


Pemikiran ini.

Punca utama kenapa kerajaan Islam jatuh.

Punca utama kenapa kerajaan Islam tersungkur menyembah bumi.

Kehilangan kuasa hari demi hari.



Perpaduan.

Konsep ini sudah hilang dalam diri umat Islam.

Masing-masing kononnya sibuk.


Leka.

Saudara seislam dibiarkan menderita.

Sedangkan diri mereka bersuka ria. Terpengaruh dengan godaan dunia.


"Diorang berperang diorang punya pasal la. That's not my problem. 
Asalkan kita hidup aman"


Umat Islam yang dahulunya satu organisasi yang sangat kuat,

Kacau seorang,

Satu bala tentera datang.


kini..


Umat Islam memang ramai.

Tapi fungsinya tiada.



Sabda Rasulullah :

"Bahkan masa itu(akhir zaman) mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, 
tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."


Buih di lautan.

Kuantiti ada.

Tapi kualitinya entah ke mana.


BUT THIS MUST ENDS NOW .


Bangunlah wahai muslim bangun.

Musuh-musuh Islam kini bersorak kegembiraan.

Melihat kita sesama saudara berperang-perangan.


Kita perlu bangkit bersama.

Berjuang bersama.

Gunung sama kita daki, lurah sama kita turuni.

Berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing.

It's time to change our mentality.


"If you mess with them, that means you mess with us"


Cubit peha kanan, peha kiri terasa.

Peribahasa sempurna.

Yang perlu dihayati maknanya.

"Itu bukan masalah saya"

Let's change it.

"Itu semestinya masalah saya"


Buatlah apa yang termampu untuk bantu saudara-saudara kita.

Yang tika ini sedang berkorban nyawa.

Demi agama tercinta.


Hujanilah mereka dengan doa-doamu.

Kerana sesungguhnya,

Itu saja yang kita mampu :'(


#PrayForMesir

#PrayForSyria

#PrayForPalestine

#PrayForIslam


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .



No comments:

Post a Comment