Thursday, August 15, 2013

Misi Sebenar :)









"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya".
Surah As-Saff (Ayat 2-3)




"Kau kalau nasihat bukan main lagi. Padahal kau pun same je.."


"Eleh dia tu dekat blog, twitter ngan facebook bukan main baik lagi. 
Tapi kalau kat luar, perangai Nauzubillah."



Berkata-kata.

Itulah persamaan manusia dengan burung kakak tua.

Berkatalah melalui realiti,

Bukannya halusinasi.



Aku pun bukanlah sebaik yang kau sangka.

Kerana itulah blog ini dicipta.

Untuk menjadi titik permulaan untukku berubah ke arah yang lebih baik.



Aku tak mahu kembali ke duniaku yang dulu.

Dunia keji yang penuh dengan dosa.



Setiap kali aku rasa aku 'terkeluar landasan',

ketika itulah entry-entry mula memainkan peranan.



Akan ku cuba sedaya upaya untuk menjauhi apa yang telah aku lakukan dulu.

Akan ku cuba untuk kotakan apa yang aku tulis selama ini.



Masih ingat lagi?

Prinsip H .

Cinta Monyet.



Itulah sebab kenapa kau aku jauhi.


Bukan terasa hati.
Jauh lagi membenci.

Tapi...


Sesungguhnya pengorbanan itu perlu, demi kebaikan bersama.
Agar tak jatuh ke lembah syaitan durjana.


Tak semua benda yang kita nak dalam dunia ni, kita boleh dapat.

Dan tak semua benda akan kita dapat sekarang.

Masanya akan tiba.




Dan masih ingat lagi?


"Perkataan 'putus asa' tidak pernah wujud dalam kamus hidup seseorang Muslim yang Hebat"



Inilah yang menjadi sebab kenapa aku tak mahu mengalah dengan dugaan-dugaan kehidupan.


Tak putus asa untuk berubah,

walaupun sudah berkali-kali rebah.


Malu.

Malu dengan diri sendiri.

Berkatanya Hebat.

Tapi sendiri Tak Buat.




Ayuhlah berubah bersama,

Tunjukkan kepada dunia siapa sebenarnya kita.


Daie Antarabangsa :)








No comments:

Post a Comment